Sunday 8 February 2015

PERJUANGAN & IDEA-IDEA SEMANGAT KEBANGSAAN MELALUI AKHBAR / MAJALAH..

Al-Imam
 AKHBAR : 
Al-Imam

PENGASAS : 
Syed Syeikh Al-Hadi

TAHUN TERBITAN : 
22 Julai 1906

FOKUS :
Al-Imam dikatakan berkewajipan dan bertanggungjawab menyampaikan idea Kaum Muda berhubung pembaharuan dan memberi bimbingan kepada orang Melayu untuk bangkit daripada kemunduran.









Al-Ikhwan

AKHBAR :
Al-Ikhwan

PENGASAS :
Syed Sheikh Al-Hadi

TAHUN TERBITAN :
16 SEPTEMBER 1926

FOKUS :
Al-Ikhwan boleh dikatakan bercorak Islah Islamiah dan juga memuatkan tentang isu-isu kemunduran bangsa dan kebebasan kaum wanita. Majalah ini juga digerakkan oleh Kaum Muda.







AKHBAR :
Saudara

PENGASAS :
Syed Sheikh Al-Hadi

TAHUN TERBITAN :
29 SEPTEMBER 1928

FOKUS :
Akhbar mingguan ini merupakan sambungan kepada Al-Imam dan banyak menyentuh persoalan agama dan usaha-usaha menggalakkan rakyat, terutama orang Melayu agar majukan diri mereka.




AKHBAR :
Neracha

PENGASAS :
Haji Abas Mohd Taha

TAHUN TERBITAN :
15 Fabruari 1911

FOKUS :
Memiliki konsep dan ciri yang hampir sama dengan Al-Imam. Bercorak keagamaan dan memuatkan berita dari timur tengah, terutama berhubung dengan semangat Pan-Islam. 



AKHBAR :
Majlis

PENGASAS :
Abdul Rahim Kajai

TAHUN TERBITAN :
17 Disember 1931

FOKUS :
Akhbar ini penting dalam memberi sumbangan memperjuangkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu. Ruangannya membolehkan orang ramai menulis tentang masalah politik, ekonomi dan sosial.






      AKHBAR :
  Warta Malaya

      PENGASAS :
      Zulkipli Mahmud

       TAHUN TERBITAN :
       17 Januari 1935

  FOKUS :
 . Akhbar ini telah membangkitkan kesedaran dalam kalangan orang-orang Melayu tentang kemunduran mereka berbanding dengan kaum-kaum asing. Hasil kesusasteraan menyeru orang-orang Melayu memajukan diri dengan ilmu agar dapat membebaskan diri daripada cengkaman penjajah



AKHBAR :
utusan malaya
 

      PENGASAS:
Dato' Onn jaafar di singapura


       TAHUN TERBITAN :
1 JANUARI 1930
       

  FOKUS :
Akhbar ini dianggap sebagai lambang perpaduan orang melayu & kerana rencananya banyak membela kepentingan orang melayu & menentang penjajahan .





 PENGASAS:
Guru-guru pelatih Maktab Perguruan Sultan Idris 
Contoh Za’ba.

       TAHUN TERBITAN :
Selepas Perang Dunia Kedua. 
    

  FOKUS :
Mesej-mesej yang disampaikan selain berhubung dengan aktiviti maktab pergurusan tersebut banyak memuatkan rencana. Ia bertujuan untuk mencetuskan semangat kebangsaan pembaca.

1 comment: